Friday, June 8, 2007

Group Antz Report


Kempen Penyejukan Global.


1. Kempen dijalankan selama 1 minggu.
-kami memilih hari pertama kempen dengan program kitar semula.Para pelajar akan dibekalkan 3 kotak disetiap kelas.3 kotak itu mewakili bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol,plastic,kertas dan tin minuman. Setelah seminggu bahan-bahan ini akan dikumpulkan dari setiap kelas dan lori kitar semula akan membawa bahan-bahan ini ke tapak kitar semula yang disediakan oleh kerajaan.

2. Tanam Pokok.
-Setiap pelajar dan guru diwajibkan membawa satu jenis pokok untuk ditanam dilandskap sekolah. Aktiviti ini akan dipantau oleh urusetia kempen dengan bantuan kelab landskap sekolah. Para pelajar dan guru juga diberikan tanggugjawab untuk menjaga pokok yang telah tanam. Sebelum mereka melakukan aktiviti penanaman mereka akan diberikan demostrasi oleh wakil yang telah dijemput khas dari badan tertentu.

3. Pertandingan
-Setiap pertandingan yang telah diadakan, tidak kira ape jenis pertandingan sekalipun seperti bercerita,perbahasan, laman web,teater dan rekacipta adalah bertemakan alam sekitar dan masalah pemanasan global. Pemenan setiap pertandingan akan diberikan hadiah berupakan produk yang telah dihasilan daripada bahan yang dikitar semula. Pelajar yang memenangi pertandingan atas dihantar untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi untuk berentap dengan sekolah yang bersetuju untuk menyertai kempen ini.

4. Blog
-Selain itu blog khas juga akan disediakan oleh urussetia kempen untuk dilayari oleh pelajar. Dalam blog tersebut mengadungi pelbagai elemen-elemen penting mengenai pemanasan global dengan lebih terperinci.

Kesimpulan :
-Aktiviti seperti kitar semula,tanam pokok akan dan blog akan diteruskan untuk sepanjang tahun. Manakala pertandingan diperingkat yang seterusnya pula akan dibincangkan dengan pihak yang berminat untuk menaja kempen-kempen atau program yang berkaitan dengan isu ini.

No comments: