Monday, June 18, 2007

PSP group report

Cara-cara mengatasi pemanasan global.

Sebagai seorang pelajar,fenomena pemanasan global telah membuka mata kami sebagai generasi baru untuk mengorak langkah dalam berusaha untuk mengatasi masalah ini dari menjadi semakin kritikal.

Kesan fenomena global yang telah menyebabkan banyak nyawa menaikan lagi semangat kami untuk cuba berbakti dalam membantu menjalankan sesuatu aktiviti yang dapat mengurangkan kesan pemanasan global ini.

Fenomena kenaikan suhu bumi jelas terasa oleh seluruh pelosok masyarakat diseluruh dunia. Apakah yang harus dilakukan untuk membangkitkan generasi-generasi muda masa kini yang seoalah-olah buta untuk tahun padang dalam mengatasi masalah pemanasan global ini?


Seperti yang semua sedia maklum,internet telah digunakan secara meluas terutamanya golongan remaja masa kini. Kajian menunjukan, peratusan pengggunaan internet dinegara kite meningkat pada setiap tahun. Sebagai inisiatif yang bijak, kami sebagai pelajar boleh mengambil langkah seperti menggunakan ‘blog’ yang bertemakan pemanasan global. Penyebaran yang dapat menyedarkan generasi muda tentang betapa bahayanya pemanasan global ini harus dilakukan. Teknologi seperti tayangan video mengenai kemusnahan infrastruktur dan penderitaan masyarakat kini boleh ditayangkan supaya kejadian yang menyayatkan hati ini dapat menyemarakkan lagi jiwa raga generasi baru seperti kami.

Penyebaran maklumat melalui internet tentang pemanasan global ini dapat juga dijalankan dengan melancarkan sebuah laman web yang berkait rapat dan bertemakan pemanasan global.

Kami sebagai pelajar sekolah juga boleh digandingkan bahu dalam mengadakan beberapa aktiviti di sekolah seperti mengadakan beberapa aktiviti disekolah seperti mengadakan bulan kitar semula.Melalui aktiviti ini pengurangan hasil buangan sampah boleh diwujubkan. Pertandingan-pertandingan seperti membuat buku skrap boleh juga dijalankan dimana pemanasan global merupakan tema bagi penghasilan buku skrap ini.

Taman-taman herba disekolah boleh diwujubkab dengan bermotifkan untuk menanam lebih banyak pokok bunga. Penggunaan alatan elektronik yang memberi impak kepada alam sekitar tidak patut dibiarkan berlarutan.Antara inisiatif yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan penggunaan alat penghawa dingin. Penggunaan alat ini sepatutnya hanya digunakan pada masa tertentu sahaja. Hal ini kerana gas yang dilepaskan berbahaya kepada ozon bumi kite. Kite boleh bersepakat dengan keluarga kawan kite yang lain untuk bersama-sama turun ke sekolah dengan menggunakan sebuah kenderaan sahaja. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesan pemanasan global malahan dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya.

Kami sebagai pelajar sekolah amat berbesar hati jika aktiviti-aktiviti yang disenaraikan diatas dapat menjadi reality.Sebagai generasi yang akan memangku generasi yang akan dating, usaha yang utuh akan kami cuba laksanakan supaya generasi dimasa hadapan dapat meneruskan perjalanan mereka kepada generasi seterusnya.

No comments: