Monday, June 18, 2007

PSP group report

Cara-cara mengatasi pemanasan global.

Sebagai seorang pelajar,fenomena pemanasan global telah membuka mata kami sebagai generasi baru untuk mengorak langkah dalam berusaha untuk mengatasi masalah ini dari menjadi semakin kritikal.

Kesan fenomena global yang telah menyebabkan banyak nyawa menaikan lagi semangat kami untuk cuba berbakti dalam membantu menjalankan sesuatu aktiviti yang dapat mengurangkan kesan pemanasan global ini.

Fenomena kenaikan suhu bumi jelas terasa oleh seluruh pelosok masyarakat diseluruh dunia. Apakah yang harus dilakukan untuk membangkitkan generasi-generasi muda masa kini yang seoalah-olah buta untuk tahun padang dalam mengatasi masalah pemanasan global ini?


Seperti yang semua sedia maklum,internet telah digunakan secara meluas terutamanya golongan remaja masa kini. Kajian menunjukan, peratusan pengggunaan internet dinegara kite meningkat pada setiap tahun. Sebagai inisiatif yang bijak, kami sebagai pelajar boleh mengambil langkah seperti menggunakan ‘blog’ yang bertemakan pemanasan global. Penyebaran yang dapat menyedarkan generasi muda tentang betapa bahayanya pemanasan global ini harus dilakukan. Teknologi seperti tayangan video mengenai kemusnahan infrastruktur dan penderitaan masyarakat kini boleh ditayangkan supaya kejadian yang menyayatkan hati ini dapat menyemarakkan lagi jiwa raga generasi baru seperti kami.

Penyebaran maklumat melalui internet tentang pemanasan global ini dapat juga dijalankan dengan melancarkan sebuah laman web yang berkait rapat dan bertemakan pemanasan global.

Kami sebagai pelajar sekolah juga boleh digandingkan bahu dalam mengadakan beberapa aktiviti di sekolah seperti mengadakan beberapa aktiviti disekolah seperti mengadakan bulan kitar semula.Melalui aktiviti ini pengurangan hasil buangan sampah boleh diwujubkan. Pertandingan-pertandingan seperti membuat buku skrap boleh juga dijalankan dimana pemanasan global merupakan tema bagi penghasilan buku skrap ini.

Taman-taman herba disekolah boleh diwujubkab dengan bermotifkan untuk menanam lebih banyak pokok bunga. Penggunaan alatan elektronik yang memberi impak kepada alam sekitar tidak patut dibiarkan berlarutan.Antara inisiatif yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan penggunaan alat penghawa dingin. Penggunaan alat ini sepatutnya hanya digunakan pada masa tertentu sahaja. Hal ini kerana gas yang dilepaskan berbahaya kepada ozon bumi kite. Kite boleh bersepakat dengan keluarga kawan kite yang lain untuk bersama-sama turun ke sekolah dengan menggunakan sebuah kenderaan sahaja. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesan pemanasan global malahan dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya.

Kami sebagai pelajar sekolah amat berbesar hati jika aktiviti-aktiviti yang disenaraikan diatas dapat menjadi reality.Sebagai generasi yang akan memangku generasi yang akan dating, usaha yang utuh akan kami cuba laksanakan supaya generasi dimasa hadapan dapat meneruskan perjalanan mereka kepada generasi seterusnya.

Friday, June 15, 2007

An Uncovenient Truth Video

" An Uncovenient Truth" is a documentary by Al-Gore which talks about Global Warming. Below is the trailer of the documentary and a cartoon definition of Global Warming.


Trailer :




Cartoon Global Warming :

Friday, June 8, 2007

Group Antz Report


Kempen Penyejukan Global.


1. Kempen dijalankan selama 1 minggu.
-kami memilih hari pertama kempen dengan program kitar semula.Para pelajar akan dibekalkan 3 kotak disetiap kelas.3 kotak itu mewakili bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol,plastic,kertas dan tin minuman. Setelah seminggu bahan-bahan ini akan dikumpulkan dari setiap kelas dan lori kitar semula akan membawa bahan-bahan ini ke tapak kitar semula yang disediakan oleh kerajaan.

2. Tanam Pokok.
-Setiap pelajar dan guru diwajibkan membawa satu jenis pokok untuk ditanam dilandskap sekolah. Aktiviti ini akan dipantau oleh urusetia kempen dengan bantuan kelab landskap sekolah. Para pelajar dan guru juga diberikan tanggugjawab untuk menjaga pokok yang telah tanam. Sebelum mereka melakukan aktiviti penanaman mereka akan diberikan demostrasi oleh wakil yang telah dijemput khas dari badan tertentu.

3. Pertandingan
-Setiap pertandingan yang telah diadakan, tidak kira ape jenis pertandingan sekalipun seperti bercerita,perbahasan, laman web,teater dan rekacipta adalah bertemakan alam sekitar dan masalah pemanasan global. Pemenan setiap pertandingan akan diberikan hadiah berupakan produk yang telah dihasilan daripada bahan yang dikitar semula. Pelajar yang memenangi pertandingan atas dihantar untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi untuk berentap dengan sekolah yang bersetuju untuk menyertai kempen ini.

4. Blog
-Selain itu blog khas juga akan disediakan oleh urussetia kempen untuk dilayari oleh pelajar. Dalam blog tersebut mengadungi pelbagai elemen-elemen penting mengenai pemanasan global dengan lebih terperinci.

Kesimpulan :
-Aktiviti seperti kitar semula,tanam pokok akan dan blog akan diteruskan untuk sepanjang tahun. Manakala pertandingan diperingkat yang seterusnya pula akan dibincangkan dengan pihak yang berminat untuk menaja kempen-kempen atau program yang berkaitan dengan isu ini.

Thursday, June 7, 2007

Report by Tanjung Rhu Group

Cara mengatasi ‘ Global Warming ‘


‘Global warming dapat dikurangkan sekiranya minda pelajar dapat diterapkan dengan pengetahuan yang mendalam.Pengetahuan “ Global Warming “ sangat penting bagi pelajar untuk mengekalkan bumi ini. Antara langkah-langkah yang dapat pelajar lakukan bagi mengelakan suhu bumi meningkat ialah menjalankan aktiviti kitar semula. Kite boleh memberi penerangan atau ceramah kepada para pelajar tentang kepentingan kitar semula. Kite juga boleh menjalankan kempen kitar semula dengan mengumpul bahan buangan yang boleh diolah seperti kertas,kaca dan botol plastic.Kite juga boleh menggunakan sisa makanan untuk dijadikan baja tanaman.Disamping itu para pelar juga boleh menubuhkan kelab atau persatuan yang berkaitan dengan penjagan alam sekitar.

Selain itu, para pelajar juga boleh menggunakan kenderaan awam atau menaiki basikal bagi mengurangkan karbon monoksida diudara. Dengan ini pencemaran udara data dielakkan dan penipisan ozon tidak akan berlaku.Kesihatan badan juga dapat ditingkatkan sekiranya pelajar berjalan kaki untuk pergi atau balik dari sekolah.


Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan mengahwinkan pokok-pokok dikawasan sekolah. Ini kerana dengan mengahwinkan pokok kite akan mendapat hasil yang baru. Ini dapat membantu menambahkan bilangan pokok disekolah serta menjadikan sekolah seperti sebuah sekolah dalam taman.


Pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan menanam pokok bunga. Ini pokok bunga dapat membantu menghalang cahaya UV daripada terkena kulit kita. Ini kerana sinar UV boleh menyebakan penyakit seperti penyakit kulit yang membahayakan kesihatan para pelajar.


Selain itu,bilangan pokok yang banyak dapat menurunkan suhu yang panas disekitar sekolah.


Kesimpulan, banyak perancangan yang boleh dilakukan di sekolah bagi mengelakkan peningkatan suhu bumi.

Tuesday, June 5, 2007

Report by Jaga-Jaga Cik Salmah

Usaha-Usaha yang boleh dilakukan di sekolah untuk menangani peningkatan suhu bumi.

Dalam pembentangan kumpulan kami semalam, kami telah mengemukan beberapausaha-usaha yang boleh dilakukan di sekolah untuk menangani masalah peningkatan suhu bumi yang semakin menjadi-jadi pada masa ini.

Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan adalah dengan menubuhkan kelab Jaga-jaga cik salmah, yang menyokong usaha ini.Dengan tertubuhnya kelab ini,kita akan dapat memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya mengenai masalah peningkatan suhu bumi.Selain itu, kelab ini juga memberi peluang kepada para ahli untuk turuf berganding bahu menyokong dan membantu serba sedikit usaha yang kite lakukan ini.Kite perlu memberi pendedahan kepada mereka, kerana para remaja inilah yang akan menjadi tunggakan utama Negara pada masa akan datang.

Manakala usaha lain yang boleh dilaksanakan termasuklah dengan menjimatkan penggunaan elektrik. Ini kerana Negara kite banyak menggunakan petrol untuk menjana kuasa elekterik.Pembakaran petrol menyebabkan gas CO2 meningkat diudara.Ini juga merupakan salah satu kesan peningkatan suhu bumi. Sementara itu, penggunaan tenaga solar boleh dijadikan alternative lain untuk mendapatkan sumber elekterik.Usaha ini boleh diaplikasikan disekolah kerana sekolah banyak menggunakan tenaga elektrik.

Selain itu, kempen sayangi alam sekitar boleh dilaksanakan disekolah agar kite dapat menyedarkan para pelajar mengenai masalah peningkatan suhu bumi yang melanda bumi kita sekarang.Cara pelupusan yang baik juga perlu dipraktikkan agar kite dapat menjimatkan ruang dab menyuburkan tanah. Disekolah, kite boleh mengadakan minggu alam sekitar dimana para pelajar digalakkan untuk mengitar semula bahan buangan, Dengan terlaksananya program ini kite juga boleh mengurangkan pembakaran dan pembuangan sampah. Ini kerana pembakaran boleh meningkatkan kandungan gas CO2 di udara.

Seterusnya, dengan menggunakan barang mesra alam seperti plastic dan pensil kite dapat mengitar semula barang tersebut daripada menghasilkan barang menggunakan bahan yang baru. Manakala, setiap pelajar turut boleh membantu dengan membawa pokok setiap seorang untuk ditanam dikawasan sekolah. Para pelajar akan dapat belajar dengan lebih selesa sekiranya kite mendapat lebih banyak oksigen dan juga dapat memupuk semangat sayangkan alam sekitar dalam diri mereka.

Disamping itu, kite juga boleh membuat suatu sudut ‘ info centre ‘ di sekolah yang memaparkan berita dan informasi terkini mengenai masalah peningkatan suhu bumi ini. Sudut ini boleh dibuat di setiap kelas, perpustakaan dan lain-lain lagi. Mereka boleh menambahkan pengetahuan yang mereka ada mengenai masalah ini dan mereka juga turut boleh menyumbang idea untuk menangani masalah ini.

Selain itu, para pelajar juga digalakkan untuk pengetahuan untuk menaiki bas ke sekolah daripada mengunakan kenderaan sendiri. Hal ini kerana, jika penggunaan kenderaan lebih sedikit digunakan, kite boleh mengurangkan pengeluaran gas CO2 yang kian meningkat diudara. Para pelajar juga digalakkan untuk berjalan kaki sekiranya rumah mereka berdekatan dengan sekolah ataupun tempat yang ingin mereka kunjungi.

Jesteru itu, kami yakin bahawa masalah ini boleh ditangani sekiranya kite bermula dengan melaksanakan usaha-usaha di peringkat sekolah selesai langkah awal untuk melaksanakannya. Bersama-sama kami akan berganding bahu dengan pihak sekolah untuk menjayakannya.

Laporan disediakan :

Anti Uswati Zulfa bt Mustadha

Friday, June 1, 2007

The Soil

Hello friends!

This blog will be the soil to grow awareness about the environment. Hope you all will work together in spreading the message to the whole world as the earth is getting sicker day by day and so am I. The trees are cut down, the temperature is rising, the ice polars are melting, animals are loosing their habitat and more disasters are increasing by the minute. SAVE US!