Tuesday, June 5, 2007

Report by Jaga-Jaga Cik Salmah

Usaha-Usaha yang boleh dilakukan di sekolah untuk menangani peningkatan suhu bumi.

Dalam pembentangan kumpulan kami semalam, kami telah mengemukan beberapausaha-usaha yang boleh dilakukan di sekolah untuk menangani masalah peningkatan suhu bumi yang semakin menjadi-jadi pada masa ini.

Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan adalah dengan menubuhkan kelab Jaga-jaga cik salmah, yang menyokong usaha ini.Dengan tertubuhnya kelab ini,kita akan dapat memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya mengenai masalah peningkatan suhu bumi.Selain itu, kelab ini juga memberi peluang kepada para ahli untuk turuf berganding bahu menyokong dan membantu serba sedikit usaha yang kite lakukan ini.Kite perlu memberi pendedahan kepada mereka, kerana para remaja inilah yang akan menjadi tunggakan utama Negara pada masa akan datang.

Manakala usaha lain yang boleh dilaksanakan termasuklah dengan menjimatkan penggunaan elektrik. Ini kerana Negara kite banyak menggunakan petrol untuk menjana kuasa elekterik.Pembakaran petrol menyebabkan gas CO2 meningkat diudara.Ini juga merupakan salah satu kesan peningkatan suhu bumi. Sementara itu, penggunaan tenaga solar boleh dijadikan alternative lain untuk mendapatkan sumber elekterik.Usaha ini boleh diaplikasikan disekolah kerana sekolah banyak menggunakan tenaga elektrik.

Selain itu, kempen sayangi alam sekitar boleh dilaksanakan disekolah agar kite dapat menyedarkan para pelajar mengenai masalah peningkatan suhu bumi yang melanda bumi kita sekarang.Cara pelupusan yang baik juga perlu dipraktikkan agar kite dapat menjimatkan ruang dab menyuburkan tanah. Disekolah, kite boleh mengadakan minggu alam sekitar dimana para pelajar digalakkan untuk mengitar semula bahan buangan, Dengan terlaksananya program ini kite juga boleh mengurangkan pembakaran dan pembuangan sampah. Ini kerana pembakaran boleh meningkatkan kandungan gas CO2 di udara.

Seterusnya, dengan menggunakan barang mesra alam seperti plastic dan pensil kite dapat mengitar semula barang tersebut daripada menghasilkan barang menggunakan bahan yang baru. Manakala, setiap pelajar turut boleh membantu dengan membawa pokok setiap seorang untuk ditanam dikawasan sekolah. Para pelajar akan dapat belajar dengan lebih selesa sekiranya kite mendapat lebih banyak oksigen dan juga dapat memupuk semangat sayangkan alam sekitar dalam diri mereka.

Disamping itu, kite juga boleh membuat suatu sudut ‘ info centre ‘ di sekolah yang memaparkan berita dan informasi terkini mengenai masalah peningkatan suhu bumi ini. Sudut ini boleh dibuat di setiap kelas, perpustakaan dan lain-lain lagi. Mereka boleh menambahkan pengetahuan yang mereka ada mengenai masalah ini dan mereka juga turut boleh menyumbang idea untuk menangani masalah ini.

Selain itu, para pelajar juga digalakkan untuk pengetahuan untuk menaiki bas ke sekolah daripada mengunakan kenderaan sendiri. Hal ini kerana, jika penggunaan kenderaan lebih sedikit digunakan, kite boleh mengurangkan pengeluaran gas CO2 yang kian meningkat diudara. Para pelajar juga digalakkan untuk berjalan kaki sekiranya rumah mereka berdekatan dengan sekolah ataupun tempat yang ingin mereka kunjungi.

Jesteru itu, kami yakin bahawa masalah ini boleh ditangani sekiranya kite bermula dengan melaksanakan usaha-usaha di peringkat sekolah selesai langkah awal untuk melaksanakannya. Bersama-sama kami akan berganding bahu dengan pihak sekolah untuk menjayakannya.

Laporan disediakan :

Anti Uswati Zulfa bt Mustadha

No comments: